Tuesday, January 11, 2011

Maal Hijrah - a delayed post


Maal Hijrah tiba lagi. apa yg nak dihijrahkan lagi di tahun baru nie? bila ingt2 balik, dah berapa kali dlm jangka hayat kita berkesempatan meraikannya. tp berapa bnyak kali sebenarnya kita betul2 berhijrah ke arah yg lebih baik?

HARTA
Bila kita ada rumah, dah cukup bersyukur. tambah2 yg ada rumah tersergam indah, alhamdulillah sgt. tapi dalam kita galak menjemput saudara mara, rakan sahabat dtg ke rumah, jgn kita lupa rumah kita yg lagi satu tu. iaitu rumah ALLAH yg sepatutnya, kita jaga & syg jauh lebih bnyak dr rumah sndr. sayangi rumah Allah bermakna pertama-tamanya, adalah dgn mgimarahkannya. kemudian, mestilah jaga dgn sebaik-baiknya dari kebersihan dan keceriaan. kalau rumah kita buruk, papa, tak kesahlah apa org nk kata. yg penting rumah Allah yg menjadi tanggungjawab kita tu terjaga.
seperkara lagi, harta kita yg ada. realitinya, segala barang kemas & duit yg beratus ribu dlm akaun bank tu belum tentu kita punya. barang kemas bila dipakai mungkin akan dicuri. sama jugak mcm duit. esok lusa mungkin kita berhadapan dgn saman sampai beratus ribu ringgit. tapi yg dah confirmed milik kita hanyalah sedekah jariah kita. pahala yg kita dapat dah sah2 milik kita. dgn izin ALLAH s.w.t.

KAWAN
orang kata kalau berkawan dgn tukang jual besi, bahangnya pasti akan kita rasa. dan kalau berkawan dgn tukang jual minyak wangi, kita juga akan tumpang bau harumnya. lumrah manusia. kita akan terpengaruh. sama ada dgn senang atau susah. so, kita kenalah pandai bwk diri. dan bijak memilih kawan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"tengoklah siapa jiran kamu sebelum kamu memilih rumah tempat tinggal kamu"
tapi kita lain. tgk rumah yg berkenan dulu. jiran tu nanti2 lah difikirkan. ngam x ngam belakang cerita. kalau sampai ke sudah x ngam, sebab tu lah kawasan kejiranan x harmoni.

DUNIA SEBAGAI HIASAN
Syaitan mmg x henti2 menghasut fikiran manusia. mereka akan menghiasi hal dunia dan memburukkan hal akhirat. contohnya, di waktu2 maghrib, walaupun dah azan, ramai yg ke pasar malam. tidak pulak ke surau/masjid. sbb di mata kita nie, pasar malam tu nmpak lagi hebat & menyeronokkan. lagi satu, mereka suka menghiasi waktu2 haram, dan memburukkan waktu2 halal. contoh, sebelum & selepas kahwin. sebelum kahwin, sanggup habis beratus-ratus kredit n bergayut tiap2 hari. kalau boleh, hari2 nak jumpa. kalau xda apa2 yg nk disembangkan pun, memang akan diusahakan utk cari topik. kuku org sebelah pun bolah jadi bahan. tapi kalau dah kahwin, susah nk communicate. kalau bwk kereta balik kampung tu, boleh kira berape kali bukak mulut.

DUNIA SEBELUM AKHIRAT
Jarang2 kita nk fikirkan psl akhirat sedangkan kita xtahu berapa lama tempoh yg Tuhan beri untuk hidup di dunia nie. teruk sungguh orang yg x ingat matinya akan tiba. tapi teruk lagi orang yg selalu sedar, tapi x buat apa2. selalu nak menafikan. "aahh lama lagi aku nak mati. sempat lagi bertaubat". dan selalu kita fikirkan, "eii sempitnya rumah aku nie. nk besarkan lah". tapi jarang pulak kita ingat betapa sempitnya kita di kubur nanti. selain drpd tu, selalu tak kita perasan? masjid dkat rumah kita tu besar. memang besar. tapi pengunjungnya? haihh. kdg2 bnyak lagi tiang dari orangnya.


p/s: bukan niat untuk menunjuk-nunjuk ilmu yg ada. hanya untuk peringatan bersama :)





No comments:

Post a Comment